Terkadang, tak peduli berapa banyak orang di sekitarmu, kamu merasa sepi. Hanya karena kamu berharap dia yg kamu cinta ada di sisi.
Home » » Belajar Adobe Photoshop Photo Effects Tutorial: Cara-cara Menukarkan Gambar Girlfriend Anda Kepada Vampire

Belajar Adobe Photoshop Photo Effects Tutorial: Cara-cara Menukarkan Gambar Girlfriend Anda Kepada Vampire

Ini merupakan tutorial pertama yang dibuat oleh aku sendiri (tapi idea asal bukan aku, aku hanya membaca tutorial, pastu tulis dalam Bahasa Malaysia). Tutorial ni berkenaan dengan Photo Effects menggunakan Adobe Photoshop. Pertama sekali, aku menggunakan GAMBAR AWEK AKU (poyo giler mamat ni) seperti di bawah:



Mula-mula sekali, aku gunakan Healing Tool untuk hilangkan bintik-bintik kecik kat MUKA AWEK AKU. Tak ganas la kan vampire ada jerawat ni. Haha. Inilah kelebihan Adobe Photoshop, gambar muka yang penuh dengan jerawat, tapi dengan hasil Photoshop, semua tu boleh hilang. Best kan?



Sekarang tekan CTRL+J, untuk copy background, pilih COLORS FOREGROUND kepada BLACK dan BACKGROUND kepada WHITE. Selepas itu klik kat main menu IMAGE -> ADJUSTMENTS -> GRADIENT MAP dan klik OK.



Dengan menggunakan ERASER TOOL, padam kesemuanya, kecuali GAMBAR AWEK AKU. Contoh:



Klik layer pertama (FIRST LAYER) dan buat bulatan kat bahagian mata, kemudian klik LAYER VIA COPY.



Drag layer mata tadi ke bahagian yang paling atas



Guna DODGE TOOL untuk bahagian iris mata



Buat satu layer baru menggunakan BRUSH TOOL yang warna HITAM. Tengok gambar dibawah.



Setkan GAUSSIAN BLUR kepada radius 2.0pixels



Sekarang aku akan gunakan BLOOD BRUSHES. Korang boleh download brushes ni secara percuma di: http://keren-r.deviantart.com/art/Blood-Brushes-20739863. Aku cadangkan supaya korang buat satu layer baru untuk setiap brushes yang digunakan. Kemudian tukar layer itu kepada MULTIPLY. Hasilnya:



Sabar, belum siap lagi ni beb. Haha. Mata belum berdarah lagi ni. OK, langkah seterusnya, guna KOD WARNA #E0A1A1 dan conteng MUKA AWEK AKU sampai jadi macam kat bawah ni:



Guna GAUSSIAN BLUR lagi, sekarang ni RADIUS adalah 52.4 pixel.



Tukar layer kepada MULTIPLY. Camane tu? Tengok gambar kat bawah ni:



Sekarang ADD 2 NEW LAYER dengan 2 color, iaitu #056ADC dan #6B0606. Tukar layer kepada COLORS DODGE dan ubah OPACITY layer tersebut kepada 45% untuk #6B0606 dan 41% untuk #056ADC.



Maka, siaplah gambar AWEK AKU SEBAGAI VAMPIRE. Hahaha.



Sori la kawan-kawan, tutorial kali ni senang sangat kan? Hehe. Dalam masa 10-20 minit dah siap rasanya kalau anda dah biasa dengan kedudukan tools dalam Adobe Photoshop ni. Tutorial ni sesuai untuk pengguna baru Adobe Photoshop. Masih ramai pembaca blog aku yang tahu sikit-sikit pasal Photoshop (sebab aku tengok ramai komen tak tau pasal Photoshop ni). Sebab tu aku buat tutorial yang ringan-ringan dulu. Selamat mencoba ye! Hehe… :D

Share this article :

Recent Post

 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Gytha Ravik - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger
blog serba tersedia